Pengasas
Puan Roziah binti Ikhsan
Pengasas & Pemilik
Saraoge Confectionery
Saya memulakan perniagaan saya sejak 26 April 2009 dan amat meminati bidang ini. Sebelum ini, saya juga berkecimpung dalam bidang pembuatan biskut dan alhamdulillah, telah berjaya membuka premis perniagaan sendiri di Parit Sulung, Johor.
Dengan adanya premis sendiri adalah untuk melancarkan operasi penjualan biskut keluaran Saraoge Confectionary. Di samping itu, syarikat saya juga berusaha untuk menambahkan lagi bilangan produk agar memberikan pelanggan lebih pilihan.
Dengan cara ini, saya yakin akan merancakkan lagi operasi syarikat dan secara tidak langsung membantu penduduk setempat menjana pendapatan bersama Saraoge Confectionery